Touched by Colours: Professional Make Up Artist

Profile

Touched by Colours

Touched by Colours Enterprise ditubuhkan dan berdaftar dengan SSM pada September 2015. Saya menjadikan hobi dan minat dalam bidang mekap sebagai satu kerjaya dan pendaftaran secara rasmi dengan SSM ini bertujuan untuk membuatkan pelanggan berasa yakin dan selesa berurusan dengan Touched by Colours di samping servis mekap yang berkualiti untuk pelbagai jenis majlis seperti Nikah, Bersanding, Bertunang dan pelbagai jenis majlis lagi.

Saya meninggalkan kerjaya sebagai Proposal Executive di syarikat Oil & Gas untuk meneruskan minat dan memberi komitmen 100% dalam bidang ini sebagai Professional Make Up Artist. Untuk memantapkan lagi skills saya dalam bidang mekap, saya pernah menghadiri Bengkel Mekap yang dianjurkan oleh The Glow Beauty Parlor dan terus belajar lagi dengan bantuan Professional M.U.A, Ieda Mansor Touched. (http://norynbeautytouch.blogspot.my). Dari masa ke semasa, saya masih mencari peluang untuk menghadiri pelbagai bengkel mekap untuk berikan hasil yang terbaik untuk anda.


Sokongan dari dua anak kesayangan saya, rakan-rakan dan pelanggan kesayangan memberi semangat untuk saya berikan yang terbaik untuk setiap pelanggan saya.

Sebarang tempahan sila hubungi saya di 012-603 8842 atau terus email di touchedbycolours@gmail.com.

Jangan lupa follow Instagram saya.